Walaupun dipuji melambung oleh peminat-peminat industri hiburan tanahair dan mendapat sambutan hangat dengan jumlah kutipan jualan tiket mencecah RM10.01 juta sehingga 30 Disember lalu, Ombak Rindu tidak terlepas melakukan kesilapan.
Sebuah blog pengkritik filem, Goofspotonfilm.blogspot.com (Goof Spot), menyenaraikan lebih 20 kesilapan filem Ombak Rindu yang mungkin tidak disedari oleh ramai penonton filem tersebut setelah diteliti dari sudut ‘shot’, audio dan visualnya.
Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti oleh pemilik blog itu ialah mengenai arah laluan keretapi yang dinaiki Izzah untuk ke Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan arah sebenar dan menunjukkan ia menuju ke arah Arau atau Thailand.
“Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur."
“Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam,” dakwa pemilik blog tersebut.
Menggelikan hati, Goof Spot turut mendedahkan mengenai sikap ambil mudah produksi Ombak Rindu mengenai pakaian yang dipakai hero filem, Haris, yang sekejap basah dan kering begitu cepat sekali.
“Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah."
“Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek."
“Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun."
“Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3,” katanya menyindir tentang logik filem tersebut.
Selain itu, Goof Spot turut mempertikaikan tentang sekeping gambar di dinding bilik yang muncul tiba-tiba di dalam bilik Izzah.
“Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot,” katanya lagi.
Blog itu turut mempersoalkan mengenai sebuah bakul sampah di dalam bilik air yang ditendang Haris yang gagal dikesan hilang entah ke mana.
“Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah,” katanya kecewa kerana gagal mengesan bakul sampah itu.
Begitu juga dengan tali yang sepatutnya berada di depan hujung sampan di dalam adegan jam Izzah terjatuh ke dalam sungai, tali itu juga hilang tiba-tiba sebagaimana bakul sampah tersebut.
Pemilik blog itu juga mempertikaikan mengenai pergerakan bibir pada beberapa dialog filem yang tidak sama dengan audio filem yang mungkin disebabkan oleh kelemahan rakaman suara filem Ombak Rindu itu.
“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap ‘I dan Haris tak ada apa2 hubungan’, ucapannya tak sama dengan bibirnya."
“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut ‘… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik’ dalam syot selepas itu,” kritiknya lagi.
Goof Spot turut mendedahkan ‘auta’ filem itu pada adegan Haris menghubungi Izzah menggunakan telefon rumah dan nombor yang tertera di telefon bimbit Izzah menunjukkan nombor telefon Haris bermula dengan nombor 010 atau 016.
“FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit)."
“Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah,” kata pemilik blog itu mendedahkan kelemahan filem itu.
Untuk melihat dan membaca lagi kelemahan-kelemahan filem ‘air mata’ itu, para pembaca boleh melayari blog tersebut di “http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu-2011.html”.
Bagaimanapun, syabas kepada Ombak Rindu dengan penghasilan karya yang indah menyayat hati serta mampu menyentuh perasaan ramai peminat industri filem tanahair pada penghujung tahun 2011 ini dan kesilapan-kesilapan kecil ini mungkin dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Kalau menang filem terbaik ... maka ... sah lah juri kita tak teliti.
ReplyDeletejuri pun dua kali lima ja- kalau mcm ni sampai dunia kiamat pun industri perfiliman di Msia tak akan cemelang macan di Korea- ni semua nya salah director yg kurang ambil berat benda2 mcm yg di komen oleh blogger ni
ReplyDeletebetter lagi ambik prngkritik luar, lagi mantap!
ReplyDeleteaku memang x hingin tgk filem mcm ni. lebih baik tgk hindustan/Indonesia.
ReplyDeletewoiiii... macam ni pun boleh kaji ka? mantap....
ReplyDeleteorang kita mmg kurang senang jika ada orang kita berjaya..masih anggap orang luar lebih mantap, sgt cerdik dll..hal yg diulas hanya umpama kuman sahaja...tak menjejaskan perjalanan filem pun...itu la orang kita yang berpenyakit PHD yang tak akan hilang,,
ReplyDeletesampai bila2 x akan maju kalau mulut smua macam longkang... bagi support.. kasi up filem sendiri.. setakat cakap banyak, x guna.. filem2 luar pun lagi banyak problem dari yg ni.. ape pun x bley la korang ni..
ReplyDeleteMencari kelemahan dan mengkritik membina, dua perkara yang berbeza. Apa pun, Ombak Rindu membuktikan karya novelis boleh dikomersilkan dengan sedikit pengubahsuaian.
ReplyDeleteNasihat saya kepada pengkritik, lihatlah dari pelbagai sudut. Kelemahan yang dinyatakan berpunca daripada bahagian kesinambungan antara shot yang kurang diperkemaskan.
Filem barat pun, malah filem Hollywood yang berjaya pun ada kesilapan kesinambungan shot. Antaranya dalam Avatar, Bourne (I), James Bond dan pelbagai lagi karya hebat yang pernah ditayangkan.
hal kecik mcmtu pun nak kaji ke? sikit pun tak mengganggu perjalanan filem..dn kalau pengkritik tak war2kan itu tk mnjadi isu langsung bg penonton.. yg penting jalan cerita yg bagus dn berjaya dsampaikan kpd penonton, dn penonton juga support.. betul kata Brahim Nyior.. banyak lg filem barat melakukan kesilapan, ttp tetap berjaya dn mnjadi karya yg hebat... sorry to say.. terimalah seadanya.. :)
ReplyDeleteksmua ksilapan kecil tak perlu dibesar2kan dan dicanang-canang...tidak suka pada ornag yang suka membongkar kelemahan orang lain...walhal diri sendiri tak betul...apa kes la orang mcm ni...ombak rindu tetap terbaik..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteha ha tapi bini aku ngan ank aku nagis sampai ni tak tahu akn kesilapan itu dan mrk tak peduli pun,ha ha ha aku pun x nak bagi tahu diorang...... biarkan mrk enjoy film ini,bkn banyak film melayu yg boleh buat anak dan isteri ku nangis.aku tak tgk habis satu story ini walaupun 10 kali anak dan isteri ku tgk , sbb aku sering depan lab top ketika mrk tgk film ini.tapi aku x nak nafikan apabila semua org kata film ini bagus. sekurang kurangnya ada org melayu yang mahu berbicara pasal film melayu. : ) sorry pendapat aku saja, sila layari http://www.tepakbersulam2.blogspot.com
ReplyDeletebila la nk maju industri filem malysia kalau benda kecik nie pon nk amik kira. sokong la filem kita,jgn duk asyik tgk citer luar mcm indon pnye citer tak logik langsung.
ReplyDelete