Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 6 January 2012

FRU Jangan Silap Langkah Semasa Demo #bebasAnwar901


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) supaya tidak tersilap langkah ketika menjalankan tugas menjaga dan mengawal ketenteraman awam.

Beliau berkata, sebarang kesilapan walaupun kecil, bukan sahaja memberi kesan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah usaha keras mereka selama ini tidak akan dihargai masyarakat.

"Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari kesilapan, tetapi kita boleh membuat perubahan dan mengurangkan kesilapan, saya sendiri pun sentiasa memperbaiki kelemahan diri."


"Ini janji kita kepada masyarakat untuk menyediakan khidmat lebih baik. Bagaimanapun, kerjasama semua perlu seiring untuk memastikan negara kekal aman untuk didiami."

"Tolong bantu PDRM dengan bertindak rasional, adil dan bertanggungjawab dalam menjaga kedaulatan undang-undang," katanya lagi.

Perjumpaan itu diadakan bagi memberi semangat dan nasihat kepada anggota FRU yang merupakan benteng terakhir negara, agar dapat memikul amanah diberi.

Ismail berkata, peristiwa kejatuhan kerajaan di Asia Barat, bermula dengan Morocco diikuti Tunisia, Libya, Mesir dan Bahrain telah dijadikan inspirasi pihak-pihak yang mempunyai agenda untuk menjatuhkan pemerintah sedia ada.

"Ini sekali gus menuntut seluruh warga FRU mempersiapkan mental dan fizikal serta latihan yang tinggi," katanya.

1 comment:

  1. x de jage2 nye tuan kpn..dh tau perkara tu mmbawa mudharat pe sal plak di bagi berimpun..org kata mencegah lbh baik dr mengubati..percayalah majoriti org melayu tak suka tmasuk sebahagian dr pengundi pas pun..mrk undi pas sbg undi protes sbb sakit ati dan dah jelak dgn perangai rakus duniawi sbhagian besar pemimpin umno dr prkt bhg sehingga prkt pusat..ch; demi duit sanggup jadi petualang kpd toke2 cina..juga sbg protes krn melihat umno skrg kurang blh diharap lg dlm membela agama,bangsa dan tanah melayu tercinta ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers