Sikap membisu seribu bahasa Majlis Peguam berhubung penganjuran ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ meskipun ia dilihat mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara, membuktikan badan tersebut kini bertukar peranan menjadi ‘Majlis Politik’.
Majlis Peguam yang sepatutnya tampil mempertahankan institusi kehakiman kini hanya bergerak dan menjalankan tugas mengikut selera politik bukannya atas dasar integriti.
Sepatutnya mereka yang berselindung di bawah majlis amali seperti Majlis Peguam perlu mempunyai pendirian yang jelas. Jika inilah sikap mereka (berdiam diri), masyarakat harus memberi pertimbangan kepada majlis ini dan perlu melihatnya dari sudut selain undang-undang. Ini tidak boleh diterima (kegagalan Majlis Peguam mempertahan institusi kehakiman). Jangan bila kena mata dipejam dan bila kena perut dikempiskan.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar jangan sesekali cuba menggertak dan mempengaruhi keputusan mahkamah berhubung kes liwatnya pada 9 Januari ini dengan cuba membawa perkara tersebut ke jalanan.
Cubaan Anwar untuk mempengaruhi keputusan mahkamah dengan pendekatan politik jalanan bukan sahaja tidak menghormati sistem perundangan negara tetapi juga memperjudi nasib serta masa depan institusi kehakiman demi kepentingan politik sempit.
Jadi kenapa Anwar perlu pergi ke seluruh negara bagi mewujud situasi sebegitu (mempengaruhi rakyat). Ini satu keadaan yang tidak membawa keadilan dan rakyat tidak akan menyokong atau menyebelahi pihak yang sebegitu (pembangkang).
Mengenai risiko keselamatan jika isu tersebut dibawa ke jalanan, pihak polis mempunyai kuasa bagi melaksanakan langkah-langkah pencegahan di bawah Akta Ketenteraman Awam 1989 dan beliau percaya pihak berkuasa lebih peka dalam hal itu.
No comments:
Post a Comment