Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 28 October 2012

Alamak!!! Lembu Korban Mengamuk!!! Lariiiiiiiiiikk!!!


Semalam kebanyakan masjid dan surau melaksanakan ibadah korban.

Ini kerana kebetulan Hari Raya Haji jatuh pada hari Jumaat, jadi banyak pentadbir dan pengurusan masjid membuat keputusan untuk menyembelih korban pada hari tu kerana masa agak suntuk.

Cuma kami berharap dalam kemeriahan melaksanakan ibadah itu, keselamatan pun harus dijaga.

Maklumlah, kebanyakkan yang terlibat adalah mereka yang dalam kategori 'amatur', mungkin tak biasa dengan cara dan 'prosedur' untuk 'menewaskan' lembu.

Lagipun nama pun binatang, bukan senang nak menjangka 'reaksi' ternakan ini.

Di masjid SS15, Subang Jaya, Selangor, seekor lembu dikatakan 'mengamuk' sewaktu hendak dikorbankan pagi tadi hingga menyebabkan seorang cedera.

Lembu itu dikatakan terlepas sebelum dikejar hampir satu kilometer oleh orang ramai.

Ketika melalui sebatang jalan di SS17/2, lembu tersebut menanduk seorang sukarelawan hingga menyebabkan dia terpelanting dan cedera.

Terima kasihlah pada anggota-anggota bomba dan pihak polis kerana berjaya mengawal keadaan yang pastinya kelam-kabut itu.

Bukan apa, takut lain yang hendak dikorbankan, lain pula yang terkorban.

Hati-hati ye bang!

Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Salam perjuangan .. Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers