Dua gambar di atas sekali adalah gambar program ceramah calon PKR bagi Parlimen Muar, Hizwan di Sg. Balang malam tadi. Korang agak-agak berapa ribu orang tu dalam gambar tu. Ada 4 5 ribu tak or just hanya 30 40 orang jer.
Lepas tu korang tengok plak enam gambar kat bawah gambar tadi. Agak-agaknya siapa lagi ramai. Cuba korang buat perbandingan antara ceramah calon PKR dengan ceramah calon BN Muar, Datuk Razali siapa lagi ramai.
Ini jelas menunjukkan penduduk Muar tidak memberi sokongan terhadap calon PKR berbanding dengan calon BN. Penduduk Muar sudah muak dengan mainan politik kotor Pakatan Rakyat terutama PKR yang lebih suka membuat fitnah, menanam kebencian kepada rakyat, masalah moral pemimpin atasan, menjadi kuda tunggangan DAP.
Penduduk Muar perlu bijak memilih wakil rakyat sebagai Ahli Parlimen pada PRU13 ni. Lihat sajalah apa yang berlaku di parlimen jiran iaitu Bakri. Bagaimana PKR hanya dijadikan alat sahaja oleh DAP untuk menguasai Bakri. Pakatan Rakyat meletakkan Chua Jui Meng sebagai wakil rakyat Pakatan rakyat daripada PKR semasa PRU12 tahun 2008. Tapi kali ini kerusi PKR itu dirampas oleh DAP dengan meletakkan calonnya.
Senario yang hampir sama berlaku di Parlimen Muar bila sekali lagi Pakatan Rakyat meletakkan calon PKR dengan harapan calon ini akan menang. Bila calon PKR ini sudah menang, pada pilihanraya yang akan datang DAP akan meletakkan calonnya pula. Apa tujuan DAP ini yang sememangnya kita tau bersifat cauvanis dan perkauman.
Mereka akan menggabungkan parlimen Muar dan Bakri bagi mereka menguasai keseluruhan bandar Muar. Apabila DAP sudah berjaya menguasai bandar Muar secara perlahan-lahan mereka akan menjadikan parlimen Muar seperti di Bakri yang penuh dengan aktiviti tidak bermoral seperti rumah urut dan pusat judi.
Tak percaya!!! Tanya penduduk setempat atau jalan saja di sepanjang Jalan Bakri, Muar. Anda pasti akan menjumpai rumah urut di bangunan rumah kedai baru terutama di kawasan Besta. Benda-benda mengarut seperti ini masih lagi terkawal jika anda ke Bandar Muar sebelah sempadan Parlimen Muar yang diterajui BN melalui Ahli Parlimennya Datuk Razali.
p/s : penduduk parlimen Muar pikir-pikir la banyak kali kalo nak pangkah Pembangkang... Takut lepas pilihanraya terkangkang...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kegiatan yang sangat bermanfaat banget nih..
ReplyDelete