Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 7 March 2014

Gempar!!! Video Siti Zabedah Yang Boleh Bikin Umat Islam Panas Hati???


Ini ada sorang pompuan melayu yang mengaku dia beragama Islam bernama Siti Zabedah tapi kata-kata beliau langsung tidak melambangkan macam orang yang beragama Islam sambil menggelarkan orang 'Melayu bodoh' dan mendakwa tindakan kira-kira 2000 orang yang berhimpun tersebut adalah sia-sia kerana tidak semua bangsa melayu di negara ini menyokong tindakan mereka. 


Siti memberitahu isu penggunaan Kalimah Allah ini merupakan perkara yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan oleh umat Islam di Malaysia....... "Lihat kepada baju-T saya hari ini, menunjukkan Allah adalah Tuhan sekalian alam dan bukan eksklusif kepada umat Islam sahaja," katanya.

Siti Zabedah sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menghadiahkan kuntuman bunga kepada penganut Kristian di sebuah gereja di Klang awal tahun ini. Aktivis itu juga berkata bangga mengaku beliau adalah seorang muslim.


"Masyarakat Melayu kena berani untuk berdepan dan bercakap. Saya tahu mereka takut digelar murtad atau ditangkap oleh pihak berkuasa atau dituduh bukan-bukan. Seperti saya katakan, jika mereka berani bercakap, ini negara kita. Tidak ada sesiapa patut takut, terutamanya orang Melayu. Jika kita bersuara kerana benar, jadi jangan takut. Dan jangan fikir Islam yang mereka pamerkan adalah Islam yang sebenarnya. Kalau nak tahu apa itu Islam, kita baca Al-Quran dan cari apa yang kita tak puas hati. Jangan dengar apa yang mereka cakap. Jangan seperti lembu dicucuk hidung, mana ditarik kita ikut. Ini masalah orang Melayu. Siapa yang nak hakimi kita sudah terkeluar Islam atau akidah? Itu terpulang kepada Tuhan. Tuhan sahaja yang boleh menghakimi," katanya lagi.

Astagfirullahalazim... mengucap kak bedah ooooiiii... cakap tu dah macam orang tak beriman jer...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers