Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 3 March 2014

Panas!!! Gelagat Penyokong PAS Totok Tapi Rembat Gak BR1M 3.0!!!


Sesetengah ketua isi rumah pada ketika ini sudah pun menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mereka melalui akaun bank masing-masing selepas ia dikreditkan ke akaun mereka 22 Februari lepas.

Tidak mengira latar belakang politik atau ideologi, jika mereka mendapat pendapatan RM3,000 ke bawah mereka menerima bantuan berjumlah RM700 berupa RM650 wang tunai dan RM50 diberikan dalam bentuk perlindungan insurans Takaful i-BR1M.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 mereka akan menerima RM500 berupa RM450 wang tunai dan juga RM50 berbentuk perlindungan insurans Takaful melalui i-BR1M.

Namun bagi sesetengah individu yang agak melampau ketaksuban sokongan mereka ke atas parti politik tertentu, mereka mempunyai cara tersendiri dalam meluahkan rasa selepas menerima wang BR1M.

Ada yang mengucapkan terima kasih seperti ‘Imam Selipar’ baru-baru ini yang bersyukur serta berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu biarpun dia pernah membuat perbuatan yang memalukan iaitu membaling selipar ke arah hakim di mahkamah.

Baca SINI (Luahan Imam ‘Baling Selipar’ Ketika Ambil BR1M)

Tidak kurang juga ada penyokong parti Pakatan Pembangkang yang senyap-senyap menerima BR1M tetapi meneruskan kritikan kepada kerajaan.

Mereka tetap membelanjakan duit BR1M untuk kegunaan keluarga hasil pemberian kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno.

Ada segelintir golongan itu secara terbuka menyuarakan rasa tersendiri mereka berkenaan BR1M.

Di BlogSerius, dipaparkan cara seorang daripada mereka menyuarakan perasaan menerima wang BR1M melalui pelekat kereta yang ditampal di cermin belakang kenderaanya.

0103PelekaKereta02
“Terima kasih Dato’ Seri Mohd Najib kerana BR1M masuk akaun, PAS tetap pilihan kami,” bunyi kata-kata ditulis di pelekat itu.

Selain pelekat itu, turut ada di cermin belakang pemilik kereta itu ialah pelekar yang memaparkan wajah bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sumber

3 comments:

  1. Tu tanda org bijak. O4g bagi ambil sebab hak dia. Dia layak. Pilihan parti pun hak dia. BR1M tidak boleh mempengaruhi dia.

    ReplyDelete
  2. ingat dia macai umno pew bgi duit sokong umno .. hak dia la .. yang nak post gaya dia x bersyukur tu apsal .. trima br1m n cra nk bersyukur sokong la umno .. cetek snggh pkiran admin ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers