Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 16 June 2014

Ucapan Selamat Hari Bapa Dari PM @NajibRazak Yang Menyentuh Perasaan!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua rakyat Malaysia yang bergelar bapa sambil mengingatkan mereka berhubung kepentingan melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Dalam mesej yang sama, Najib turut memberi penghormatan kepada Almarhum bapanya, perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak Hussein, dan mengakui sumbangan beliau atas kejayaannya hari ini.

“Saya tidak akan menjadi sesiapa pada hari ini jika bukan kerana bapa saya.
“Biarlah kita diingatkan bahawa sebagai bapa, melabur bagi kehidupan keluarga kita adalah suatu langkah yang amat bijak daripada menumpukan seluruh tenaga kita dalam perkara-perkara yang akan hilang selepas kita telah tiada.
“Warisan paling hebat yang boleh ditinggalkan untuk anak-anak,”
kata PM Najib dalam entri Facebook beliau semalam.

Hari Bapa adalah sambutan bagi menghormati seorang bapa, hubungan seorang bapa dan pengaruh bapa dalam masyarakat.

Di Malaysia, Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, yang jatuh pada semalam.

1 comment:

  1. wahai PM...mmg betul la yang Bapak kamu tinggalkan yang terbaik untuk anak Melayu...tapi apa yang kamu dah buat untuk orang Melayu sehingga ke hari ini walaupun Melayu dah tolong kamu masa PRU13 bru ni????

    Kalu kamu rasa cina jer yang bleh tolong kamu...kamu pergi la jadi PM kat Tanah Besar China nu...tak pun Hong Kong ker atau Taiwan...bleh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers