Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 5 January 2012

Penjelasan Nur Amalina Berkaitan Isu Beliau Di Blog Dari UK Live Skype.......


“Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau budaya negatif ‘mat salleh’.

“Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup,” kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika menjelaskan kontroversi laporan sebuah blog mengatakan dia seorang suka bersosial dan gagal dalam pelajaran serta pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.

Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video ‘Skype’ selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam.

Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu.

Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya.


“Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau bersama keluarga, Ina tidak (bertudung)."

“Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri."

“Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu masih kuat dan segar dalam ingatan,” katanya.

Nur Amalina berkata, berita negatif itu diibaratkan sebagai serangan peribadi yang tersebar di Internet namun sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pada pelajaran, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya kerana sudah lali dengan tohmahan pelbagai pihak. Dia juga berharap pihak berkenaan membuang gambar disiarkan sebelum ini dan menganggapnya sebagai perkara peribadi namun disiarkan kepada umum melalui Internet tanpa kebenarannya.

Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak lain.

“Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud ‘bersosial’ dengan lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau andaian."

“Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulang kaji."

“Tidak dinafikan itu adalah gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat."

“Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar disiarkan...mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur negatif,” katanya."

Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan sekuliah.

v




Ulasan GB

Anda, pembaca yang budiman boleh menilai sendiri jawapan beliau dengan membenarkan paparan wajahnya tanpa bertudung diskype dan kemudian diyoutubekan.

Mengenai desakan supaya GB padam entri dan gambar berkenaan, GB telah menyatakan:

GB akan menarik balik siaran artikel berkenaan JIKA Nur Amelina telah berubah semula, bertaubat dan kembali kepada Nur Amelina yang baik, berpekerti muslimah dan tidak lagi melakukan perkara-perkara yang boleh mendatang fitnah kepada umat Islam seperti gambar-gambar yang tersebar di atas......
.........
Justeru seperti yang GB utarakan tadi, sila kemukakan bukti bahawa Nur Amelina telah berubah. InsyaAllah GB akan menarik semula entri ini.

Jika tiada, maka tulisan ini masih tetap di sini sebagai pengetahuan kepada semua dan peringat bagi yang lupa.

Apakah pemakaian tudung di sekolah hanya sebagai "fesyen alam persekolahan" dan kemudian kembali kepada fesyen dedah aurat?

Ramai beranggapan kononnya "tak bertudung" tak semestinya tak baik. Kalau macamtu punya jawapan, baik berbikini atau berbogel terus - sebab tak semestinya tak baik.

Kedua bab bersosial. Tak berlebih-lebihan kah bila berdampingan dengan seorang lelaki dengan berpegangan tangan(?)

GB dah sebut semalam, jangan pertahankan kesalahan. Anda bakal merana kerana melanggar hukumNya. Kalau dah bersalah minta maaf dan mohon ampun kepada Allah.

GB berhenti melayan isu ini sekalipun ada akhbar media massa menuduh GB memfitnah sedang sudah kita jawab "fitnah" merujuk kepada perkara yang tiada, sedang apa yang dipaparkan sebelum ini adalah "hal yang benar adanya".

Kami berlepas tangan kerana kami telah menjalankan tugas amal makruf nahi munkar yang diarahkan ke atas setiap umat Islam.

Firmanullah:

"Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajipan kamu hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang=orang yang engkar." Surah anNahl ayat 82-83

3 comments:

  1. Sebenarnya Nur Amalina dah kantoi masa buat sesi video trst.rambut pun dah perang.Islam ke?tgk kuku yg dah berwarna.Islam ke?tgk gambar dgn mat salleh 2..tangan kirinya pegang ape?perhati elok2.pada hemat saya beliau dah rosak teruk..kalu xpercaya..buat edisi siasat>.pasti ada 3gp plak..Allah akan tunjukkan kebenarannya.Wallahuaqlam>..

    ReplyDelete
  2. Pii..rah! bila dah kantoi, baru nak tengadah. Mak dia pun sekor lagi. Tak reti nak jaga anak dara! Dara ke lagi? Nak coverline konon? Buat malu bangsa jer. Ooi Cik Sabariah? Ajar sikit anak ko tu jaga tata susila org Islam sikit! Bingai punya org!!!

    ReplyDelete
  3. budak kampung yang terkena kejutan budaya a.k.a culture shock la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers