Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 12 June 2012

Berani Sungguh Nik Aziz Kecam Harussani, Mufti Perak!!!...


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekali gus membina kerajaan Islam.

Sambil mengecam kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Nik Aziz berkata, tiada jalan lain bagi sesebuah kumpulan untuk mendapat kuasa melainkan kemenangan dalam pilihan raya.

"Kepada yang kata Pas nak kerusi, saya kata ya, saya nak kerusi, bahkan meja pun saya nak juga kerana jika tidak ada kerusi tidak boleh buat kerajaan, kalau tidak ada kerajaan, maka Islam tidak boleh berjalan, demokrasi pun tidak boleh,” katanya.

Sebelum ini, Harussani mendakwa Pas sebuah parti yang hanya mahu merebut ‘kerusi’ dalam pilihan raya dan tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mempersoalkan kenyataan Harussani yang mendakwanya seorang yang keras hati kerana menolak muzakarah antara Umno dengan Pas.

"Apa yang saya lakukan itu adalah istiqamah, bukannya keras hati,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut nafi pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih Pas, sebaliknya beliau menjelaskan mereka yang undi Pas mendapat pahala.

3 comments:

  1. Nak membina kerajaan Islam yang macam mana lagi? Yang sekarang ada pun tak disokong.

    Lagi satu, baru cakap nak laksanakan huduh, dah kena herdik dengan Kapal Sinki. Lepas tu terus diam kerana kecut perut.

    Poooodahhhhh!!!!! Budak Pasti bolehlah kamu tipu.

    ReplyDelete
  2. Gua respek sama ustaz harussani krn gua tau dia x memilih bulu kalau nk komen psl salah org lain. tp mslhnya yg byk terkena adalah tok guru-tok guru PAS ni. psl tula depa kuat meroyan x tentu psl. Kita tgk nntila amalan sapa yg Allah akn terima. Mereka yg ikhlas krn agama or mereka yg menunjuk2 n suka bersangka buruk.

    ReplyDelete
  3. Bagus Tn Guru Nik aziz.., malangnya tak ramai yg mcm tok Gunu.., dlm m'sia ramai ulamak pengampu kerajaan.. jaga periuk nasik jerkkk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers