Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 1 July 2012

Abby Abadi Belum Sampai "Seru" Masuk Pas???... @abby_abadi112



Semenjak dua menjak kebelakangan ni gua tengok dah ada semacam tsunami baru plak bila artis-artis Malaysia berduyun-duyun mendaftar menjadi ahli sesebuah parti. Sudah ada artis yang masuk UMNO dan Pas. Tinggal lagi kita belum dengar ada artis masuk PKR atau DAP. Sapa la artis yang akan datang masuk PKR dan DAP.

Ada artis yang masuk UMNO dengan alasan demi perjuangan agama, bangsa dan negara. Sama jugalah alasan artis yang masuk Pas kerana kononnya sudah insaf dan mahu mendekati agama maka mereka memilih Pas. Pas kononnya mampu membawa artis tersebut ke jalan yang benar dengan ajaran Islam yang betul. 

Persoalan gua? Betul ker hanya Pas parti yang memperjuangkan Islam? Hanya Pas sahaja parti yang berlandaskan Islam atau sekadar menggunakan nama Islam sebagai "topeng politik"? 

Petikan Sinar Harian :

Belum sampai masanya lagi! Demikian kata Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan televisyen Gerak Khas ketika diajukan pertanyaan sama ada akan mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.

Beliau berkata, belum sampai masanya lagi untuk menyertai Pas seperti yang dilakukan oleh beberapa selebriti sebelum ini.

Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan saya tak nak (jadi ahli Pas) atau nak mengelakkan (menyertai Pas) tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

"Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan.

“Sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli Pas," katanya.

Tambah beliau: "Apabila saya betul-betul faham baru akan sertai. Bukan tak nak masuk… sabar ya."

Beliau berkata demikian sewaktu diasak pelbagai soalan bila akan masuk Pas semasa sesi dialog berkongsi pengalaman penghijrahan bersama Abby Abadi di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini, malam tadi.

Hadir sama, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.

Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran Pas dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan.

“Bukan sahaja bergandingan bersama mereka tetapi juga pernah berkongsi pentas ilmu dengan selebriti seperti Bob Lokman. Saya bangga abang Bob (Bob Lokman) dan Kak Aishah (Wan Aishah Wan Ariffin) menyertai Pas selepas mereka faham apa yang diperjuangkan.

“Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang bercakap macam-macam mengenai mereka, cakap tak sedar diri dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah. Namun bila bersama mereka tidak pernah mereka memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian,” katanya.

Menurutnya, hasrat beliau kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

"Saya sendiri tidak suka melihat berlaku perpecahan antara orang Melayu serta sesama Islam," katanya.

Dalam majlis itu, Abby turut menerima senaskhah buku Munajat Pejuang yang disampaikan Mohd Nasir sebagai simbolik pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers