Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 2 July 2012

Pas Dan PKR Dimadukan DAP...


Sejak PAS berkahwin dengan DAP bermadu pula dengan PKR semakin hari dapat dilihat mereka sudah seperti parti Chauvinis Cina tersebut. Baik dari segi perwatakan, sikap, prinsip juga dasar parti Islam yang dibawa mereka sendiri.

Dapat dilihat PAS sudah hilang arah, apatah lagi dalam mempertahankan hak orang Melayu dan lebih buruk lagi apabila mereka tersasar dari perjuangan sebenar mereka, manakala DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu. Sebagai contoh, kini DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

Selain itu, DAP turut merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil namun hakikatnya projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula disapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Oleh kerana gula-gula yang diberikan ini, PAS dilihat menyanjung tinggi DAP di mana pada suatu ketika dulu pernah dilabel sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu. Setelah disatukan, apa saja yang dilakukan DAP bertukar menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa. Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Lupakah kita dengan kebidapan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor? Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?


Harus diingat ia hanyalah sebahagian dari bukti yang menunjukkan bahawa PAS sudah tersasar jauh dari landasan. PAS sudah menolak hak ekslusif Melayu di Tanah Melayu itu sendiri, PAS tidak menghormati Institusi Diraja malahan PAS kini memperjuangkan 'negara berkebajikan'!!!

Komen: Apabila matlamat asal telah dikorbankan, apabila bangsa sendiri dipinggirkan, apakah perlu PAS diperjuangkan..... Hanya kerana matlamat DAP, PAS akhirnya terkorban... Fikir-fikirkan...

by - aweks bukit gantang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers