Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 3 July 2012

Bukti Apa Kaitan Anwar Ibrahim Dengan IIIuminati???...


Illuminati merupakan sebahagian daripada Freemasonary yang berdiri atas landasan falsafah Zionisme.

Illuminati adalah sebuah kerajaan bayangan yang terdiri daripada tokoh-tokoh penting samaada dari segi politik, ekonomi, ahli saintis dan sebagainya dalam mencaturi segala pergolakan dunia serta mendalangi segala konspirasi untuk menguasai dunia. Matlamat mereka adalah untuk mencipta New World Order iaitu One world Goverment. Illuminati lebih kepada sebuah organisasi dunia yang terdiri daripada ahli super power elite yang kaya untuk menjadikan masyarakat dunia menjadi hamba (slave).

Tokoh-tokoh penting ini pula berusaha sedaya upaya untuk mencari agen. Diharapkan agen ini akan menjalankan operasi proksi di beberapa negara agar New World Order menjadi kenyataan di dunia ini. Sehubungan dengan itu, apakah wujud proksi tersebut di Malaysia? Mari kita sama-sama merenung perhubungan dan interrelation di bawah.
7 PRINSIP UTAMA ILLUMINATI:

1. Aboliton of all national government.
(Menghapuskan seluruh pemerintahan yang berorientasi kepada nasionalisme)

2. Abolition of all religions except satanism.
(Menghapuskan seluruh agama kecuali ajaran syaitan)

3. Aboliation of family value.
(Menghapuskan nilai-nilai kehidupan keluarga dan individu harus tunduk kepada nafsu)

4. Abolition of private property.
(Menghapuskan hak pemilikan pribadi)

5. Abolition of inheritance by high inheritance taxes.
(Menghapuskan nilai pajak yang tinggi)

6. Abolition of patriotism.
( Menghapuskan jiwa patriot - semangat cintakan negara)

7. Creation of the world government under the United Nations by Illuminati
(Menciptakan pemerintahan dunia dengan memperalat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang telah dikuasai kaum Iluminati)


1. Menghapuskan seluruh pemerintahan yang berorientasi kepada nasionalisme.
Dalam Hal ini, Anwar Ibrahim De Facto Parti Keadilan Rakyat telah membuka keahliannya kepada semua kaum. Anwar menentang segala bentuk konsep Parti yang bertunjangkan semangat kebangsaan melayu (nasionalisme). Definasi Nationalisme yang ditakrifkan sebagai semangat bangsa yang cintakan negara telah dihancurkan oleh Anwar apabila beliau mengatakan bahawa negara ini haruslah diperintah oleh pelbagai kaum bukan hanya bertunjangkan bangsa melayu. Semangat bangsa melayu tidak ada di dalam diri Anwar, Ini dapat dilihat apabila beliau menyetujui Nizar dalam pemberian tanah kepada orang cina. Tindakan ini agar hak milik tanah akan bertukar milik kepada orang bukan melayu. Tindakan ini sama seperti tindakan gerakan pemberian tanah kepada kaum Yahudi di palestin sehingga hampir kesemua tanah Palestin menjadi milik bangsa pendatang (Yahudi) tersebut. Sama seperti apa yang dilakukan oleh Nizar di perak. Nationalisme yang membangunkan bangsa melayu untuk terus menerajui kepimpinan negara hendaklah dihapuskan menurut prinsip Illuminati ini agar kehilangan semangat kebangsaan ini akan memudahkan bangsa luar menjajah negara sesebuah "nation-building" itu. Maka dengan inilah semacam ada perkaitan yang jelas antara Illuminati ini dengan Anwar Ibrahim.

2. Menghapuskan seluruh agama kecuali ajaran syaitan.
Dalam hal ini, IRC yang merupakan agenda Barat untuk menghapuskan pelbagai agama telah mula disuarakan di negara ini atas konsep demokrasi dan kebebasan bersuara. Anwar Ibrahim menyeru agar kerajaan mengambil IFC (InterFaith Commision) yang berasaskan Pluralisme. Pluralisme adalah satu manefestasi kefahaman yang mengatakan semua agama di dunia adalah sama dan satu. Apabila ia sama maka asas dan ajarannya haruslah tertakluk dibawah satu undang-undang yang akan mengawal semua agama sehingga mampu mengawal agama Islam di bawah undang-undang ciptaan manusia. Falsafah Pluralisme inilah satu-satunya suruhanjaya yang membantu untuk membentuk satu ajaran agama yang baru. IFC berhak dan berkuasa memindahkan ajaran-ajaran agama jikalau tidak sesuai dengan masa sekarang. Konsep-konsep seperti Jihad, Hudud mahupun syariat akan senang diubah oleh IFC ini dengan alasan ianya sudah tidak sesuai dengan keadaan zaman moden kini. Maka dengan inilah agama Syaitan akan lahir di bumi Malaysia ini. Agama syaitan yang dimaksudkan ini akan mengawal segala bentuk ritual keagamaan sesebuah pegangan manusia malah boleh mengancam originaliti agama. Anwar Ibrahim menyeru agar IFC ini didaftarakan sebagai badan NGO yang berkuasa ke atas undang-undang Malaysia atas alasan kebebasan memeluk agama (agama syaitan).

3. Menghapuskan nilai-nilai kehidupan keluarga dan individu harus tunduk kepada nafsu.
Dalam hal ini, Anwar yang kini didakwa meliwat Saiful mencerminkan jiwa Anwar yang sebenarnya. Bukan setakat Saiful tetapi ramai lagi lelaki-lelaki lain yang menjadi mangsa kerakusan nafsu Anwar ibrahim seperti Mior Abd. Razak, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar . Liwat adalah satu benda yang dimurkai oleh Allah. Allah menterbalikkan bumi disebabkan perlakuan ini seperti sejarah kaum Sodom. Liwat adalah satu tabiat yang menghancurkan dan menghapuskan nilai-nilai kehidupan berkeluarga kerana tidak mengembangkan zuriat yang merupakan matlamat perkahwinan.

4. Menghapuskan hak pemilikan pribadi.
Dalam hal ini, Anwar yang selalu melaung-laungkan "ketuanan rakyat" lebih mengambarkan yang Anwar Ibrahim memperjuangkan Sosialisme. Falsafah sosialisme menafsirkan bahawa hak pemilikan peribadi tidak ada. Apa yang ada adalah konsep kesamarataan dan keadilan. Mana-mana orang yang bekerja kuat akan sama haknya dengan mereka yang tidak bekerja. Maksudnya kesamarataan harta bagi mereka yang bercucuk tanam ,berdagang mahupun bekerja sama sahaja hartanya dengan mereka yang tidak bekerja. Inilah konsep sosialisme yang menghapuskan hak pemilikan peribadi. Anwar Ibrahim memaparkan personaliti tersebut apabila melaungkan konsep "ketuanan rakyat" yang ia perjuangkan. Inilah konsep kesamarataan (keadilan) yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim.

5.Menghapuskan nilai pajak yang tinggi
Dalam hal ini, Anwar sekali lagi mempunyai kaitan yang rapat dengan prinsip ini. Anwar Ibrahim yang mendesak kerajaan supaya Petronas menurunkan harga minyak dilihat lebih kepada menghapuskan nilai pajak yang tinggi. Anwar Ibrahim mahu agar syarikat Islam bankrup dan lemah. Ini akan menyebabkan syarikat Multi-Level Coorporation yang banyak dimiliki oleh saudagar Yahudi senang memasuki sebuah negara dan menjalankan operasi dalam memiskinkan negara Islam.

6. Menghapuskan jiwa patriot - semangat cintakan negara.
Dalam hal ini, sekali lagi Anwar telah menghapuskan jiwa patriot. Pahlawan patriot seperti Tunku Abdul Rahman putra Al-Haj sehinggalah Tun Dr. Mahathir Mohammad Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah diperlekehkan oleh Anwar Ibrahim dengan mengatakan mereka ini telah menipu rakyat selama setengah abad yang lalu. Penghancuran nilai patriotisme juga dapat dilihat apabila Anwar secara terbuka mengkritik negara dan pentadbirannya dalam temuramah di BBC, CNN mahupun di Al-Jazirah. Penghinaan terhadap negara ini merupakan contoh yang tidak baik diikuti oleh rakyat kerana ia lebih dilihat sebagai penghapusan jiwa patriotik di kalangan masyarakat. Jika nilai cintakan negara sudah pudar, maka Collonialisme akan senang memasuki sesebuah negara dan penjajahan baru mungkin sekali lagi akan bermula.

7. Menciptakan pemerintahan dunia dengan memperalat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang telah dikuasai kaum Iluminati.
Dalam hal ini, Amerika yang merupakan kuasa besar yang memegang kuasa Veto di UN mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang merupakan "Budak Washington" banyak menjalankan perkara yang menyerupai dan menyetujui agenda-agenda dan polisi- polisi Amerika. Badan-badan seperti NED, ICG, Foreign policy, The New America Foundation, United States Middle East Project, Foudation For The Future yang kesemuanya itu ada kaitan dengan Anwar Ibrahim. Secara automatiknya peranan yang dimainkan Anwar dalam badan-badan penting Amerika ini juga merupakan hubungan proksi yang ada kaitan secara langsung dengan UN yang menguasai dunia hari ini.

Menurut Prinsip Illuminati ini, Manusialah yang menentukan segalanya di bawah bimbingan kekuasaan Lucifer (Syaitan bermata satu-Dajjal Kingdom), sebagaimana lima prinsip anggota Illuminati sebagai berikut:

1. Manusia mempunyai hak untuk hidup dengan hukumnya sendiri, iaitu hukum yang memberikan kebebasan hidup sesuai dengan cara manusia itu sendiri. Bekerja sesuai dengan keinginannya. Bermain sesuai dengan keinginannya. Hidup dan mati sesuai dengan kehendaknya. Walaupun hukum itu bercanggah dengan nilai-nilai agama samawi.

2. Manusia mempunyai hak untuk memakan apa pun yang diingininya. Minum apa pun yang diinginkannya. Tinggal di mana sahaja sesuai dengan kehendaknya, serta berpindah tempat tinggal di mana pun ia suka. Walaupun makan, minum dan tempat tinggal adalah haram disisi agama.

3. Manusia mempunyai hak untuk berfikir, untuk berbicara, membaca, menggambar, mengukir bentuk suatu bangunan, sesuai dengan kehendaknya. Walaupun hak bersuara dan mengkritik itu menyalahi hukum akademik. Ini membenarkan kritikan terhadap ajaran asasi Islam.

4. Manusia mempunyai hak untuk mencintai sesuatu yang dikehendakinya. Walaupun percintaan itu sama jenis. Cinta antara dua lelaki (gay) dan dua perempuan (lesbian) dibenarkan kerana inilah hak manusia. Hak untuk saling cinta menyintai.

5. Manusia mempunyai hak untuk membunuh siapapun yang dianggap merintangi kehendaknya. Walaupun pembunuhan itu mengurangkan manusia. Ini dapat dilihat apabila kuasa besar menjalani operasi perang terhadap sesuatu negara yang lemah. Kerana hak untuk berkuasa dan menjadi hero itu juga adalah hak asasi manusia.

lluminati merupakan sebahagian daripada Freemasonary yang berdiri atas landasan falsafah Zionisme.

Sesengguhnya PKR merupakan satu parti yang diragui kewujudannya. Seperti yang kita ketahui, falsafah dan prinsip Freemasonary yang banyak dipegang oleh ahli politik yang memerintah sesebuah negara ada kaitan dengan NGO luar. Apabila Anwar Ibrahim dibuang dari Kabinet dan pemerintahan Malaysia, beliau terus membentuk Parti baru. Apakah ada unsur-unsur Freemasonary pada diri Anwar semasa di dalam kerajaan dulu? Freemasonary ada membuka keahlian kepada seluruh penduduk dunia agar prinsip Freemasonary seperti "kesamarataan" dan "kebebasan" haruslah disebarkan ke serata dunia. Harus diingat bahawa syarat untuk menganggotai ahli Freemasonary ini adalah mesti seorang "Gay'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers