Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 5 July 2012

Isu Politik Semasa (IPS) Beralih Arah Kepada Pembangkang???...


Terkejut beruk bila gua terbaca entri daripada blog yuseriyusoff.blogspot.com perihal seorang cybertroopers Pro BN yang terkenal dengan page beliau sebagai "Isu Politik Semasa" atau lebih dikenali dengan IPS sahaja dikhabarkan sudah 'beralih-arah'. Page beliau yang memang terkenal dengan pendirian menyokong Kerajaan BN dan perjuangan BN tiba-tiba bertindak di luar kotak pemikiran kita bila "tergamak" menukar 'design'nya ke arah pembangkang.

Puas jugak gua memikirkan kenapa ler beliau tergamak bertindak sebegitu sekali di saat gerbang PRU13 semakin hampir. Kenapa beliau mengambil tindakan drastik yang menggoncang dunia media sosial terutama facebook. Page beliau yang mempunyai lebih 40K peminat yang 'like' page beliau pasti terkejut beruk (beruk pun tak terkejut cam tu) bila bangun pagi sahaja buka page beliau tengok-tengok dah jadi page pembangkang dengan gambar Nik Aziz sebagai penghias 'wall picture'.

Pasti semua sahabat dan peminat page beliau tak boleh tido malam memikirkan kenapa sebegitu sekali tindakan beliau dan apa rasionalnya tindakan yang beliau ambil. Bagi gua, tindakan beliau ini pasti mendapat tepukan gemuruh hingga tahap "standing ovation" bila melihat seorang pejuang pro BN tumbang menyembah pakatan pembangkang.

Kat bawah ini gua ambil sedikit penjelasan daripada blogger YY mengenai persoalan apa sebenarnya yang berlaku dan untuk jawapan penuhnya SILA KLIK SINI :

Tiga hari lepas page 'Isu Politik Semasa'atau IPS yang merupakan 'fan page' kedua terbesar dan terbanyak pro-BN mula menukar haluan perjuangan beliau ekoran kekecewaan beliau dengan Barisan Nasional yang gagal menjaga kebajikan para facebookers.

Admin page tersebut mula menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan Pakatan Rakyat malah mengutuk segala perbuatan BN yang beliau pertahankan selama ini.

Saya sendiri cuba menghubungi beliau untuk bertanyakan tentang permasalahan yang dihadapi, menurutnya tiada guna lagi untuk beliau terus mempertahankan UMNO jika UMNO serta para pembesar kerajaan sendiri tidak pernah mengiktiraf peranan facebookers seperti beliau.

Saya cuba memujuk beliau untuk kembali bersama BN tetapi ternyata kekecewaan admin 'Isu Politik Semasa' terhadap BN membuatkan saya gagal menulihkan semula semangat beliau untuk bersama UMNO.

Kita dah cuba membantu yang terdaya, akhirnya beliau tetap berpendirian ingin bersama Pakatan Rakyat. Katanya selepas beliau menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, berpusu-pusu pihak sana menawarkan segala kemudahan untuk beliau terus berjuang.

Tidak mahu mengulas panjang, saya cuma mahu mengutarakan beberapa soalan kepada para pembesar BN yang hanya memuja segelintir pihak sedangkan masih ramai lagi pejuang-pejuang siber yang belum terbela.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers