Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 31 December 2012

Kata Nak Daulatkan Institusi Kehakiman… Jadi Apa Masalahnya Shamsidar Ke Mahkamah?



Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S.Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Baru-baru ini Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.
Pada masa yang sama, Nallakarupan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi di mahkamah.


Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai Himpunan Shamsidar itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Anwar dengan dakwaan aktiviti biseksual.

Persoalannya sekarang, di mana HEBATNYA Shamsidar sampai tak boleh 'disentuh' langsung namanya hingga nak dipanggil sebagai saksi pun hendak dihalang?

Apa yang hendak ditakutkan? Apa yang hendak digeruni? Apa yang hendak dirisaukan?

Sebelum ini juak-juak pembangkang sering mengatakan BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.

Inilah masanya untuk mengotakan apa yang dijanji, apa yang yang dilaungkan selama ini.

Sejarah sistem keadilan Malaysia menyaksikan berapa ramai pesalah, waima orang-orang kerajaan dan orang Barisan Nasional sendiri yang 'tersungkur'  di kaki mahkamah setelah didapati bersalah…beramai ramai juga pesalah, waima pemimpin dan penyokong pembangkang sendiri yang terlepas setelah mahkamah mendapati tiada kesalahan yang boleh disabitkan terhadap mereka.

Ini membuktikan mahkamah kita tidak pernah memilih bulu dalam membuat keputusan…semua pihak diberi peluang sama rata untuk meyakinkan mereka melalui bukti dan fakta sebelum keputusan dijatuhkan.

Kali ini yang hendak disaman adalah Nalakaruppan, maka semestinya peluang yang sebegitu juga diberikan padanya untuk membela saman yang dikemukakannya terhadapnya.

Apapun persepsi dan tanggapan kita terhadap Nalakaruppan sudah tidak boleh lagi diaplikasikan dalam perkara ini.

Mahkamah kita bukan mahkamah kanggaru yang hanya menjatuhkan hukuman berdasarkan 'favour' atau emosi semata-mata.

Kalau Anwar dulu mahkamah memberi kebebasan untuknya membela diri termasuk melantik pakar luar negara pilihan mantan Timbalan Perdana Menteri itu sendiri, mengapa tiba bab Nalakarupan, kita hendak menafikan haknya pula.

Lagi pun ini hanya berkisar bab saksi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah kena panggil jadi saksi. Ketua Polis Negara pun pernah dipanggil jadi saksi. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga pernah hadir ke mahkamah untuk menjadi saksi.

Takkan kita nak kata Shamsidar lebih hebat dari Perdana Menteri, lebih berkuasa dari Ketua Polis Negara hingga dia TIDAK BOLEH SAMA SEKALI hadir sebagai saksi di mahkamah?

Jikalau semua pihak bersungguh-sungguh hendak mendaulatkan institusi kehakiman di negara ini, inilah masanya untuk kita 'walk the talk'.

Perlu diingat, inilah juga masa terbaik untuk Shamsidar membersihkan namanya yang tak habis-habis, dari dulu, dikaitkan dengan skandal seks Anwar.

Dakwaan Nalakaruppan sangat serius dalam hal ini.

Sampai satu peringkat, Nalakaruppan bertekad untuk mendedahkan lebih mendalam tentang hubungan terlarang itu di mahkamah nanti.

Jadi kita semua tertanya-tanya adakah itu cuma fitnah atau pun fantasi dongeng Nalakaruppan.
Bukan apa, semua orang tahu yang lebih 30 tahun lamanya Nallakaruppan menjadi sahabat Anwar. Mereka berkongsi banyak rahsia termasuk 'aktiviti' ketika Anwar masih berada dalam Kabinet.

Jadi kalau kita mahu mengiyakan tuduhan itu, inilah masanya.

Begitu juga kalau kita mahu membersihkan nama Anwar, ini jugalah masa yang terbaik!

Menghalang kehadiran Shamsidar ke mahkamah untuk menjadi saksi adalah kerja sia-sia…kecualilah kita takut untuk menghadapi kenyataan!


Amacam…ada berani? 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


























1 comment:

  1. Kalau nak kebenaran,tampilkan le saksi2penting dimahkamah!
    Puak pakatan ni,mungkin kalau memerentah nanti mahkamah ala Bintang 3 masa Pemerentahan 13hari dulu akan ujud!Keadilan kononnnnn.........Inilah cara Nuar,mahkamah misti menangkan AKUUU!dan kuncu2 AKUUUUUU!kalaux,kami Demo....adil le tu konon!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers