Jadilah Sahabat Kulaan...

peluang untuk anda masyuk!!!

Tuesday, 1 January 2013

Gambar Nasha Aziz Kena Peluk Dengan Siapa Tu???...





Nama pelakon dan model cantik ini agak jarang dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Kalau ada pun, cerita itu akan berhenti setakat di situ saja kerana Nasha Aziz, 41, sememangnya tidak gemar untuk memberi komen berlebihan mengenai status percintaannya.

Selepas pelakon kacak, Hans Isaac dikaitkan dengannya, nama seorang jejaka Nur Iman Tang pula muncul. Namun, Nasha mengakui yang perhubungan itu sudah menemui titik noktah.


Terbaru, sebuah blog hiburan telah memaparkan beberapa keping gambar yang menunjukkan kemesraan diantara Nasha Aziz dengan seorang jejaka yang agak tidak dikenali.

Memetik laporan blog berkenaan, gambar berkenaan dirakamkan semasa Nasha menghadiri konsert Blackberry Music Mania di Stadium Melawati, Shah Alam, pada malam tadi sempena sambutan tahun baru.

Tidak pasti pula lelaki didalam gambar itu adalah kenalan rapatnya, kekasih ataupun suaminya.

Ini kerana, walaupun banyak mata yang memandang, tetapi mereka seolah-olah tidak mempedulikannya.

Mungkin mereka berani buat begitu sebab mereka ada ikatan yang sah. Siapa tahu bukan?

Namun, aksi mereka yang berpeluk sakan itu tidak wajarlah dipertontonkan kepada orang ramai. Lagi-lagi Nasha adalah seorang 'public figure'.

Jika benar lelaki itu adalah suami Nasha, semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat diucapkan.

Tetapi jika bukan atau nanti Nasha akan kata wanita itu bukan dirinya dan hanya pelanduk dua serupa, nampaknya banyak mata yang melihat aksi mereka itu dah tersalah anggap la ye.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers