Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 2 January 2013

Takkan 7 Hari Nak Pulih Bekalan Air???...


Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diminta tampil menjelaskan mengapa ia memerlukan sehingga 7 hari untuk memulihkan sepenuhnya bekalan air di beberapa kawasan di ibunegara yang terjejas berikutan kegagalan stesen pam penggalak Wangsa Maju Sabtu lalu.

Gabungan Persatuan Penguna-Penguna Malaysia (Fomca) merasakan tempoh itu sebagai terlalu lama untuk berlaku di bandar terbesar di negara ini.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman memberitahu, kerosakan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dalam apa jua bidang tetapi tempoh pemulihan terutama untuk bahan penting seperti air tidak boleh mencapai tempoh yang keterlaluan.

"Syabas perlu tampil menjelaskan mengapa begitu lama baru bekalan akan pulih sepenuhnya? Apakah rancangan luar jangka atau alternatif yang dimiliki Syabas untuk memastikan bekalan dipulihkan dalam tempoh yang terpantas bila berlaku kerosakan.

"Dalam kes terbaru ini, kita hendak tahu apa yang sebenarnya berlaku, apakah bila dah rosak baru nak mula buat tempahan barangan, kita perlukan penjelasan," katanya ketika dihubungi.


Beliau sehubungan itu mahukan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) agar tampil menyiasat dan meminta penjelasan daripada Syabas terhadap isu pemulihan semula bekalan air di kawasan-kawasan tertentu ibu negara yang memakan masa sehingga 7 hari.

Kata Mohd Yusof, apa yang berlaku adalah tanggungjawab SPAN juga dan suruhanjaya itu diminta agar tidak berdiam diri semata-mata.

Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) melalui Twitter mereka memaklumkan bahawa bekalan air permasalahan di Wangsa Maju akan hanya pulih dalam tempoh satu minggu.

Facebook dan Twitter Puspel dibanjiri persoalan pengguna yang risau memandangkan esok hari pertama persekolahan dan ramai warga kota yang bercuti Tahun Baru hari ini akan mula berkerja.

Ramai yang marah dan mendakwa tempoh bekalan air terputus itu sebagai terlalu lama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. itu lah kita kena ada perangcangan yang lebih mendalam dan be prepared with disasters. the authorities mus t be be prepared with alternatives solutions. Jangan lah dah terberak baru nak korek lubang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers