Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 3 January 2013

Krisis Air: SYABAS Dan Selangor Tuduh Menuduh, Setengah Juta Penduduk KL Yang Merana!!!!...


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mendakwa kelewatan kerajaan Selangor melaksanakan pembangunan sistem pengepaman tambahan di rumah pam Wangsa Maju di sini, menjadi punca kepada masalah ketiadaan air yang menjejaskan lebih setengah juta penduduk ibu kota, sejak seminggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS, Datuk Ruslan Hassan, berkata cadangan untuk membina sistem itu dikemukakan sejak 2009 dan pada Mac 2012, kerajaan Persekutuan meluluskan pelan pembangunan serta pinjaman untuk projek itu dibangunkan oleh Kerajaan Selangor.

"Tetapi sehingga kini, kita difahamkan projek ini masih di peringkat rundingan reka bentuk oleh Kerajaan Selangor dan dijangkakan projek itu akan mengambil masa setahun untuk disiapkan jika dilaksanakan dengan kadar 'fast track'," katanya.

Beliau juga menjelaskan cadangan untuk membangunkan sistem pengepaman dibuat pada 2009 selepas menyedari masalah kekurangan air akan berlaku berikutan rumah pam Wangsa Maju yang sedia ada beroperasi secara 'overload' dengan permintaan bekalan air yang meningkat sejak kebelakangan ini.


Rumah pam Wangsa Maju dengan kapasiti bentuk 136 Juta Liter Sehari (JLH) mula beroperasi sejak tahun 2004 di bawah pengurusan Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) dan kebelakangan ini, kadar pengepaman ditingkatkan sehingga mencecah 200 JLH.
"Pada cadangan pembinaan sistem pengepaman tambahan, kami mencadangkan supaya ia dibina dengan kapasiti reka bentuk 180 JLH, tetapi difahamkan Kerajaan Selangor akan membina sistem itu pada reka bentuk 120 JLH," katanya.

Sebagai rekod, permintaan harian bekalan air di ibu kota, Selangor dan Putrajaya adalah sebanyak 4,400 JLH berbanding bekalan sebanyak 4,436 JLH menyebabkan berlaku masalah kekurangan bekalan rezab sedia ada.

Ruslan juga mendesak agar Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) oleh Kerajaan Persekutuan atau projek lain yang dicadangkan kerajaan Selangor dapat disegerakan kerana sistem pengepaman tambahan hanya bersifat penyelesaian jangka pendek.

"Penyelesaian jangka panjang memerlukan sumber bekalan air baru seperti Projek Langat 2 dan kami menyokong projek ini kerana menyedari akan berlaku masalah kekurangan air di masa depan.

"SYABAS tidak mempunyai kuasa dalam projek ini dan kami hanya merayu-rayu agar pelaksanaannya dapat disegerakan untuk kemudahan pengguna," katanya.

BAIK ITU KATA SYABAS, JOM DENGAR APA PULA KERAJAAN NEGERI SELANGOR KATA;

Kerajaan Negeri memandang serius isu kekurangan air di beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan termasuk di Bandar Tun Razak sejak dua hari yang lalu. Ini membuktikan bahawa Syabas memang tidak mampu untuk menguruskan pembekalan air kepada seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Ini juga akibat projek penswastaan industri air yang tidak dilakukan secara berhemah oleh kerajaan BN Selangor. Konsesi air bukan diberikan kepada syarikat yang mampu dari segi pengalaman mengurus dan kemampuan kewangan tetapi atas dasar mahu mengkayakan kroni.

Rakyat yang akhirnya menanggung beban, beban membayar harga yang tinggi dan risiko catuan air yang tidak menentu. Ini menguatkan azam kerajaan negeri untuk terus mendesak Kerajaan Persekutuan melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atau WSIA.

Setakat ini Kerajaan Persekutuan sengaja melambat-lambatkan proses penstrukturan semula industri air yang dicadangkan Kerajaan Negeri.

Mengenai gangguan bekalan air yang dijangka berlarutan dan akan menjejaskan lebih 100,000 akaun pengguna, Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan bantuan dengan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersiap sedia dengan lori-lori tangki air. Semalam, Kerajaan Negeri telah meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghantar lori tangki air ke kawasan terlibat di Bandar Tun Razak, Hulu Langat dan Ampang.

YAB Dato' Menteri Besar juga telah meminta Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor untuk memantau pembekalan air di seluruh negeri dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur serta Putrajaya. Pelan bantuan juga telah disediakan termasuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan yang bermasalah.


Sehingga hari ini, sebanyak tujuh lori tangki air telah dihantar oleh PBT-PBT di Selangor ke Wilayah Persekutuan khusus ke kawasan yang terjejas teruk akibat kegagalan SYABAS menyelenggara rumah pam air dan membuat pemeriksaan berkala. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers