Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 21 April 2013

Panas!!! Pengundi Cina PKR Pakat Sokong Calon BN Sebab Tiada Wakil Cina PKR Di Muar #P146 @razaliibrahim @tunfaisal @P146muar



Desas-desus di akar umbi penyokong pembangkang terutama dari parti PKR mula kedengaran dan semakin lama semakin kuat bila wakil PKR yang layak untuk menjadi calon Pakatan bagi Parlimen Muar adalah daripada wakil melayu bukan daripada wakil kaum cina.

Menurut cakap-cakap daripada penyokong PKR berbangsa cina yang rasa tidak puas hati bila PKR mencalonkan calon melayu bagi mewakili PKR menentang calon BN bagi Parlimen Muar. Sepatutnya calon yang layak menjadi calon bagi Parlimen Muar adalah wakil cina.

Kebanyakkan penyokong pembangkang kaum cina daripada DAP dan PKR mahukan serta mengimpikan seorang wakil rakyat daripada kaum cina menjadi wakil rakyat diperingkat Parlimen. Menurut khabar angin lagi, ini adalah berdasarkan kepada latarbelakang calon melayu PKR itu yang bukan orang Muar serta dikatakan pernah berkahwin dua. Tidak dapat dipastikan sama ada beristeri dua atau kawin cerai kawin. Maklumat ini akan disahkan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.

Senario ini amat berbeza dengan penyokong kaum cina dari parti MCA dan Gerakan yang dahulunya ter"jerait" sama dengan tsunami politik 2008. Penyokong MCA dan Gerakan kini sudah bersatu hati dan memberikan akujanji bahawa akan tetap menyokong calon pilihan BN walaupun ketiga-tiga calon adalah dari kaum Melayu.

Datuk Razali Ibrahim yang juga calon BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Muar. P146 juga semakin diterima ramai terutama daripada kaum cina disamping kaum India. Ramai masyarakat akar umbi golongan rakyat dirisik-risik mengenai prestasi calon parlimen ini. Majoriti mengatakan mereka selesa dengan apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Datuk Razali terhadap Parlimen Muar walaupun beliau bukanlah "Superman" yang sempurna segala-galanya. Beliau juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sama seperti kita.

Namun begitu, masih ada sekitar 13 hari lagi sebelum hari pembuangan undi pada 5 Mei nanti. Kepada pengundi Muar, janganlah mudah terpedaya dengan janji manis pembangkang yang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. undi saya pasti utk BN - P146/15/14. Hapuskan pihak yang tidak bertanggungjawab di bumi Malaysia

    ReplyDelete
  2. Vote for BN - Better Nation.

    ReplyDelete
  3. ALWAYS VOTE FOR BN...DAPAT BR1M KAYA OOOOO.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers