Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 19 February 2012

MAZA Nasihat Blogger Jangan Menulis Hingga Lupa Dosa Pahala...


Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggesa agar para penulis maya di internet, khususnya para blogger supaya memikirkan tentang dosa dan pahala apabila menulis mengenai padangan mereka di blog masing-masing.

Menurut beliau, matlamat tidak menghalalkan cara di dalam memenangi hati para pembaca untuk menerima pendapat dan segala hujah mestilah berpandukan kepada sumber ilmiah serta berfakta supaya mengelak dari sebarang unsur fitnah atau tohmahan.


"Janganlah bila berada di depan komputer (untuk menulis), kita lupa pada dosa dan pahala pula," katanya ketika menyampaikan ucapan sebagai panel di majlis Himpunan Ulama', Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific.

Beliau turut mengajak para penulis di alam siber agar bekerjasama dengan golongan ulama di dalam tujuan menyatukan ummah menerusi ruang lingkup maya dengan penyebaran maklumat yang telus dan lebih positif.

Pandangan beliau itu turut dikongsi bersama oleh ahli akademik dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Professor Datuk Dr. Sidek Baba, yang menganjurkan agar para ulama, cendekiawan dan blogger menterjemahkan penulisan mereka menerusi strategi eklektik.

Menurut beliau yang turut menjadi panel di majlis tersebut, kaedah elektik merupakan gabungan integrasi ilmu, sejarah kegemilangan silam Islam dan sosiologi moden yang diaplikasikan bersama di dalam usaha menyatupadukan ummah.

"Seorang ilmuan Islam Professor Dr. Taha Jabir membuat kajian mengenai kaedah eklektik yang menggabungkan nilai-nilai tersebut dan ia berkesan," katanya pada ucapan yang bertema 'Peranan Ulama dan Cendekiawan Islam Dalam Mendepani Dunia Siber.

1 comment:

  1. Betul tu.Fitnah tak boleh.Kalau dedahkan kebenaran tentang pembontotan sayangku pulak,itu dah mengumpat namanya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers