Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 8 February 2012

MB Kedah Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat???...


Khabar angin bertiup kencang di negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman, bila dikatakan Menteri Besarnya Datuk Seri Azizan Razak akan meletak jawatan dalam masa terdekat dari sekarang.

Menurut sumber yang enggan disiarkan namanya, seorang rakannya memberitahu bahawa surat perletakan Azizan sedang disediakan dan beliau akan meletak jawatannya sebagai Menteri Besar dalam masa terdekat.

“MB Kedah nak letak jawatan…tunggu dalam masa terdekat,” kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun, sumber tidak dapat memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh dari Pejabat Menteri Besar itu, di Wisma Darulaman.

Azizan kini dihentam teruk oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ekoran isu penggantungan lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikatakan menyebelahi semangat AUKU yang disifatkan sebagai zalim oleh pemimpin gabungan parti pembangkang itu.


Antara yang vokal meminta Azizan meletak jawatan sebagai Menteri Besar ialah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Aziz Bari, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pimpinan tokoh Parti Keadilan Rakyat, Chegu Bard, dan Pemuda DAP Pulau Pinang, Steven Sim.

Sebelum ini, Azizan pernah mengaku didesak oleh penyokong Pas Kedah untuk meletakkan jawatan ekoran ketidakpuasan hati mereka kepada corak pentadbiran beliau yang dikatakan ‘ala-ala Barisan Nasional’ dan tidak melakukan apa-apa perubahan seperti di Kelantan.

“Perkara itu sudah lama, ketika itu kita baru saja mengambil alih Kedah. Takkanlah saya nak buat perubahan drastik sedangkan baru memerintah negeri."

“Situasi kedua-dua buah negeri berbeza, penerimaan pun mungkin berbeza kerana Kelantan majoriti penduduknya Melayu,” jelas Azizan pada ketika itu.

Azizan merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah dan dilantik menjadi Menteri Besar setelah memenangi pilihanraya negeri itu pada Pilihanraya Umum ke-12 yang diadakan pada Mac 2008.

4 comments:

  1. CheguBard SAMM laa.. Solidariti Anak Muda Malaysia.. bukan SMM..

    ReplyDelete
  2. Memang ada tekanan dalaman kepimpinan Kerajaan Kedah. Sebenarnya itulah fenomina Kerajaan Kedah. Team Mahfuz 1. Team Fakhrurrazi 1. Team ....... Ustaz Azizan tercabar dah. Tak kira lagi team Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur. Kes KUIN Aizan Razak pernah bercanggah dengan Hadi Awang. Azizan kata urusan KUIN urusan Kerajaan Negeri Kedah. Hadi Awang diam.... Kekadang Ustaz Azizan niii...loklaq juga. Presiden pun dia canggah.... dia bukan heran kat sapa. Dia lupa jadi MB dari mana-mana parti persetujuan Prsiden adalah perkara wajib.

    AZIZAN LETAK JAWAN tuuu...elok daaahh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers