Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 30 April 2013

PAS Ditolak Bukan Kerana Hudud – Ustaz Kazim Elias


Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias menyatakan penolakkan umat Islam terhadap perjuangan parti PAS bukanlah disebabkan isu hudud yang sering dimainkan oleh mereka, sebaliknya kerana mereka bersekongkol dengan puak-puak komunis serta liberalisme dalam mencapai hajat memegang tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.

PAS yang merupakan salah satu parti komponen dalam barisan pembangkang dilihat lebih minoriti dan sekadar mengikut sahaja telunjuk daripada parti-parti lain sehinggakan isu agama sering dijadikan modal oleh mereka untuk menawan hati pengundi-pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

“Orang menolak kamu (PAS) bukan kerana masalah hudud, orang menolak kamu sebab kamu bersekongkol dengan puak-puak komunis dan puak-puak liberalisme,” katanya ketika Forum Isu-Isu Islam dan Umat Islam Menjelang PRU13.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa PAS hanya berani memainkan isu hudud apabila menjelang musim pilihan raya demi kepentingan politik semata-mata.

“Saya merupakan penceramah yang paling konsisten apabila bercakap tentang hukum hudud sejak 23 tahun lalu.

“Hudud akan berkumandang pada tiap-tiap musim pilihan raya di mana hanya untuk memancing orang Islam dan orang Melayu untuk mengundi mereka.

“Jangan main-main dengan hukum Allah Taala, hukum Allah yang tertinggi, jangan kamu rendahkan,” katanya lagi.

PAS juga dilihat mengunakan sentimen sesiapa yang menolak hudud adalah kafir dan hanya merasakan diri mereka saja yang benar dalam perjuangan membina sebuah negara Islam tanpa mengambil kira bidang ekonomi yang patut juga diberi perhatian untuk kelangsungan umat Islam itu sendiri.

“Orang Islam kena kukuhkan bidang ekonomi terlebih dulu, baru Islam itu indah,” jelasnya lagi.

5 comments:

  1. PAS kata nak Islam, tp pelaksanaannya hanya pd kopiah, serban, tudung labuh, lain dr itu sesetengahnya worse than other political parties. UMNO tak declare parti Islam, tp banyak perkara utk kebaikan Islam telah dilaksanakan.
    Soal rasuah dan penyelewengan, PAS dan Pakatan tak pakat, tak payah nak hipokrit. Banyak tuduhan hanya andaian, di pihak sendiri pun banyak yg meragukan.

    ReplyDelete
  2. PAS : UMNO TAK TAKUT ALLAH
    UMNO : SEBAB ?
    PAS : SEBAB TAK LAKSANA HUDUD
    UMNO : PAS TAKUT ALLAH?
    PAS : YA, KAMI TAKUT ALLAH
    UMNO : SEBAB APA PAS TAK LAKSANA HUDUD?
    PAS : SEBAB MAHATHIR HALANG
    UMNO : JELAS PAS TAKUT MAHATHIR DARI ALLAH

    ReplyDelete
  3. bengong anon 1 may..x tahu cerita nak bagi komen..Tun halang hudud yang pas draf bukan hudud dalam Al Quran..macam mana hudud pas kelantan dan pas terengganu pada masa tu boleh berbeza..kerajaan x halang pun kalau pas nak buat kat kelantan dulu malah mereka x perlu pun kebenaran kerajaan pusat kalau nak buat hukum hudud tue

    ReplyDelete
  4. Anon 3. ko pon same begong bodo! xperlu kebenaran krajaan pusat pale bapak ko! krajaan pusat la yg kwal undang2 ngara nie! kambing ...

    ReplyDelete
  5. Kelirulah dengan kenyataan Ustaz Kazim tu. MCA dan MIC bersama dalam UMNO tapi tak dikomennya.Maknanya UMNO juga bersama dengan orang yang bukan Islam. Masa Rasulullah s.a.w menyebarkan dakwah dan hukum Islam di Mekah dan Madinah dahulu kena tunggu sampai ekonomi umat Islam kukuh dahulu juga kah? Lihatlah Malaysia sekarang ini. Kerana kerajaan UMNO tidak laksanakan perintah Allah khususnya hukum hudud, apa jadi negara kita. Rompak, rogol, bunuh, arak ..semuanya berleluasa. Lihat sultan Berunai mahu melaksanakan hudud di negaranya, Najib pula kata "No hudud" . Siapa dia dan kita semua di bumi Allah ini? Berani melanggar hukum Allah, tangung sendiri di akhirat nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers