Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 8 February 2012

Taktik Terbaru Pakatan Pembangkang Wujud Unit Racuni Fikiran Masyarakat... @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Barisan Nasional (BN) mendakwa parti pembangkang kini sedang berusaha untuk meracuni fikiran dan memecah belahkan masyarakat Malaysia di seluruh negara.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, usaha itu dilakukan pembangkang melalui penubuhan unit tindakan daerah mereka.

“Unit ini diasuh untuk memecah belahkan masyarakat. Mereka akan masuk dalam kawasan tertentu yang dianggap sebagai kawasan sasaran dan meracuni pemikiran rakyat di kawasan tersebut,” dakwanya.


Beliau membuat dakwaan itu pada majlis Perasmian Program Aman Kampus Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat anjuran alumni pemimpin mahasiswa Aspirasi Malaysia.

Program itu melibatkan seramai 190 orang mahasiswa dengan menaiki 20 kereta yang akan menjelajah seluruh negara bagi mengumpulkan pandangan dan keinginan masyarakat ntuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata, kerajaan bersedia mendengar apa sahaja ketidakpuasan, rungutan, cadangan dan idea yang dikemukakan oleh golongan mahasiswa.

Bagaimanapun, kata beliau, mahasiswa mesti tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang berhasrat memburuk-burukkan dasar dan pelaksanaan kerajaan.

Menurutnya, mahasiswa seharusnya bijak berfikir dan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan sesuatu perkara secara keterlaluan.

Ia kerana, kata beliau, pemikiran yang diracuni boleh menyebabkan mahasiswa memberi tindak tanduk yang keterlaluan.

1 comment:

  1. Ini bukan unit baru ditubuh oleh PR.......Unit ini telah lama bergerak dan disedari oleh kerajaan malahan polis dan semu unit perisikan .......Cuma belum sampai masa nak tangkap .......setiap nama ada dalam simpanan...so sekarang bolehlah bersembira sementara masa maih ada........Kami akan meracuni anda yang terlibat ......jaga jaga makan dan minum anda semua .....fikir dulu sebelum pegang dan bersalam serta berpelukan mungkin anda akan mati beberapa bulan kemudian .......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers